Salam Perkenalan : )



Assalamualaikum semua..



Wahh dah lama sis tak berkongsi pengalaman sis dalam alam maya ni.. 
Maklum la sis ni jenis yang lagi suka bercerita depan-depan baru la lagi feel..ecehh..


Sebelum tu sis perkenalkan diri dulu la yea..tak manis orang kata sudah bertanya khabar tapi lupa perkenalkan diri..hehe



Ok lah secara ringkasnya, nama diberi Nurul Athirah binti Mohd Azman dan dilahirkan di hospital USM Kubang Kerian, Kelantan. Tapi sis dibesarkan di Selangor..
Jadinya kalau sis nak speaking kelate boleh je..Cuma akan bunyi siam sikit la..haha..
okay la tu kan..


Asalkan ada effort untuk belajar bercakap bahasa lain dari bahasa melayu. 

Sekarang ni sis sedang menyambung pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Pendidikan Sultan Idris. 
Ok umur pulak? hmm rahsia..hihihi
Status masih bujang k..


Rasanya cukup la kot into tentang diri sis tu..hihi 


Kalau ada tambahan nanti sis tambah k..kot kot la kan tahun depan status tu dah bertukar menjadi engaged ke married ke..Berangan jap..hahaha 



K la stakat ni dulu penulisan sis..nanti kita sambung cerita lagi yea..
Terima kasih sudi membaca =D



Comments

Popular Posts