Program Ke Sekolah
Assalamualaikum semua..
Hari ni nak share sikit tentang program yang sis dan kawan-kawan sis dah jalankan pada 2 November 2018.
Program ini bersama pelajar-pelajar SMK
Kelana Jaya, Selangor.
“Program Motivasi dan Sahsiah Diri” ini telah disertai
oleh pelajar tingkatan 1-3 yang dimana ianya untuk membina sahsiah diri pelajar
disamping memberi motivasi tentang kerjayaan masa hadapan pelajar.
Terdapat pelbagai aktiviti yang telah kami jalankan
sewaktu program. Antaranya :
- Inventori Minat Kerjaya
- Game Sayang Saya Tak?
- Game Menara Impian
- Game Roda Kasih
- Game Kertas Warna Bergerak
- Game Tuju Impian
Alhamdulillah kesemuanya berjalan dengan lancar.
Setelah tamatnya permainan kami meminta setiap dari ahli kumpulan untuk memberikan
refleksi berdasarkan permainan tersebut.
Akhir sekali, kami turut membuat sesi perkongsian dan
motivasi buat pelajar dengan menunjukkan tayangan video berkenaan pengorbanan
seorang ayah terhadap anaknya.
Tayangan video:
Antara koleksi gambar kami bersama pelajar SMK Kelana
Jaya







Comments
Post a Comment