Program Perantis Guru (PPG 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera : )

Hari ni sis nak kongsikan sedikit perjalanan sis sepanjang PPG 1 di SMK.

Untuk pengetahuan semua. Sis ambil kos Bimbingan dan Kaunseling dalam pendidikan, jadinya segala sesi kaunseling atau praktikal akan melibatkan pelajar-pelajar sekolah mahupun universiti.

Program Perantis Guru 1 ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada para siswa/siswi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melatih diri untuk lebih dekat dengan pengurusan sekolah dan juga pelajar-pelajar di sekolah.

Pihak PULAMI universiti memberi kebebasan kepada semua pelajar untuk mencari serta menetapkan sendiri sekolah yang hendak dilaksanakan PPG 1 ini. Hal ini bagi mengelakkan sebarang permasalahan ke atas pelajar kerana program ini harus dilaksanakan sewaktu cuti semester 2.

PPG 1 ini diperuntukkan hanya selama 2 minggu sahaja. Oleh itu, sis memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Kelana Jaya sebagai sekolah untuk sis jalani PPG 1 ini.

Kebetulan pula, sekolah ini merupakan sekolah menengah sis dulu dan ianya berdekatan dengan rumah. Oleh itu, sis dapat menjimatkan perbelanjaan harian dengan berulang alik dari sekolah ke rumah sahaja.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kelana Jaya

Pengetua SMKKJ - En. Haji Jamaluddin 

Guru Bimbingan dan Kaunseling - Puan Rohayu

Comments

Popular Posts